PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Infrastruktur JAS

PEMERIKSAAN INFRASTRUKTUR PENCEGAHAN TANAH GAMBUT YANG SERING TERBAKAR

maidatul 29/01/2020 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN INFRASTRUKTUR PENCEGAHAN TANAH GAMBUT YANG SERING TERBAKAR
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
16/01/2020
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Nama Program : Pemeriksaan infrastruktur pencegahan tanah gambut yang sering terbakar. Tempat : Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Bukit Baja, Sepang. Tarikh & masa : 11 Januari 2020 & 3.00 petang. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Puan Nor Aziah Jaafar menyertai anggota JAS Negeri Selangor, Cawangan Sepang menjalankan pemeriksaan sebahagian infrastruktur pencegahan tanah gambut yang sering terbakar iaitu di Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Bukit Baja, Sepang. Pemeriksaan ini dijalankan sebagai kesiapsiagaan menghadapi cuaca panas dan kering sehingga bulan Mac 2020. Pembinaan infra struktur di tanah gambut seperti sekatan saliran (check dam), telaga tiub (tube well) dan kolam takungan berfungsi untuk membasahkan lapisan tanah gambut agar tidak kering dan mencegahnya daripada terbakar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan