Penerangan
Nama Program : Pasukan peronda Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor menjalankan rondaan di sekitar kawasan mudah terbakar, tanah gambut seperti di Johan Setia, susulan daripada keadaan masa kini yang jarang hujan dan mulai panas serta kering. Rondaan mencegah pembakaran terbuka ini akan dijalankan setiap hari.
Tempat : Johan Setia, klang.
Tarikh & masa : 9 Januari 2020 & 5.00 Petang
Orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka yang mendedahkan kepada kompaun RM2000 maksimum atau pertuduhan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya.