Penerangan
KUANTAN, 31 Disember 2019 - Satu operasi bersepadu bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalulintas telah dijalankan pada malam tahun baru.
Seramai lapan orang anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah melakukan pemeriksaan kenderaan diesel yang melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan dan pemeriksaan gas CO/HC dari kenderaan petrol pada operasi tersebut.
Operasi ini turut melibatkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IbuPejabat Polis Kontinjen Kuantan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pahang (AADK) dan Narkotik.
Operasi bermula jam 10.00 malam dan berakhir jam 2.00 pagi.
#alamsekitartanggungjawabbersama