Penerangan
PROGRAM CAKNA BANJIR - MANGSA BANJIR TERIMA BANTUAN
21 DISEMBER 2019, ROMPIN - Seramai 28 keluarga menerima sumbangan bantuan banjir daripada JAS pahang di Mukim Pontian Daerah Rompin pada pagi ini. Sumbangan berupa pelbagai keperluan asas telah diserahkan oleh Tuan Pengarah JAS Pahang, Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud.
Salah seorang mangsa banjir memaklumkan beliau amat terharu dengan bantuan tersebut yang sememangnya amat diperlukan berikutan banyak barangan asas telah rosak dan musnah akibat dari tragedi banjir ini.
Pengarah JAS Pahang berkata program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa mendatang. Sumbangan dari pelbagai pihak kepada mangsa banjir amatlah diperlukan bagi meringankan beban mangsa - mangsa banjir.
Jabatan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MPKK Kg. Janglau, kg. Sepayang, kg. Serdang dan kg. Prepat di atas bantuan yang diberikan dalam mengenalpasti mangsa banjir yang terlibat.