Penerangan
Unit Perpustakaan Institut Alam Sekitar Malaysia (Eimas) dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan Institut Alam Sekitar Malaysia (KESUMAS) telah menganjurkan PROGRAM CERIA CUTI SEKOLAH BERSAMA ANAK-ANAK WARGA EiMAS yang diadakan di bilik Melur, Tingkat 1, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS). Program ini telah dijalankan pada 24 Disember 2019 yang melibatkan anak-anak warga EiMAS yang berumur 4-12 Tahun.
Terdapat 3 aktiviti yang telah dijalankan, iaitu yang pertama "JOM BACA" yang kedua "LET'S BE CREATIVE BOOKMARKS DIY”, dan yang ketiga “EVERY CHILD IS AN ARTIST”
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk dan memberi galakan kepada anak-anak warga EiMAS agar menjadi individu yang bermaklumat dan berinformasi melalui aktiviti-aktiviti menarik dan kreatif di samping mengeratkan hubungan antara warga EiMAS bersempena dengan musim cuti persekolahan.