PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Karnival Kedah Go Green Tesco Sungai Petani

afm 28/12/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Karnival Kedah Go Green Tesco Sungai Petani
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
28/12/2019
Organisasi
DOE Kedah

Penerangan

Karnival Kedah Go Green peringkat Daerah Kuala Muda di Pasaraya Besar Tesco telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar YB Tuan Ooi Tze Min. Majlis perasmian turut disertai Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah dan YDP MPSPK. Dalam ucapannya, beliau meminta semua lapisan masyarakat menyahut seruan Kerajaan negeri Kedah dalam usaha mengurangkan dan sekaligus membasmi penggunaan beg plastik, penyedut minuman dan pembungkus makanan polisterin. kempen kesedaran alam sekitar ini akan dilaksananakan secara berterusan dwngan kerjasama pelbagai pihak dan agensi termasuklah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah. Kempen kali ini turut di meriahkan dengan program Pengumpulan 'Household Ewaste' disamping pameran dan kuiz yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah. Sepanjang program berlangsung JAS Kedah telah berjaya mengumpul melebihi 200 jenis barang elektrik dan elektronik dari isirumah (household ewaste) seperti telefon bimbit, komputer riba, printer dan lain-lain lagi. Program household ewaste ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membolehkan masyarakat melupuskannya dengan sempurna.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan