Penerangan
Pendidikan ESTECC di MRSM Kota Putera, Besut, Terengganu telah dilaksanakan oleh JAS Terengganu pada 29 September 2019, jam 12.30 tengahari. Seramai 250 orang pelajar dan guru telah hadir dan menyertai program ini. Selain dari taklimat program, aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut ialah penilaian sudut ESTECC, pameran dan soalan kuiz kepada pelajar. Turut sama dalam menjayakan program ini ialah Jabatan Meteorologi Terengganu dan Jabatan Kimia Terengganu. Tuan Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JAS Terengganu, Encik Mohd Norli Abdullah turut serta dalam program ini sebagai Panel Penilai Sudut ESTECC.