Penerangan
JAS WPKL yang telah diwakili oleh Puan Azlin Binti Mohamad, Penolong Pegawai Kawalan Kanan JAS WPKL telah menerima Sijil Penyertaan dan cenderahati dari pihak penganjur Minggu Sains Lembah Pantai kerana terlibat di dalam program tersebut dalam perlaksanaan Pameran Kesedaran Alam Sekitar pada 30 November 2019 bertempat di KL Gateway Mall, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.