Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput bersama-sama meraikan Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar 2019 anjuran Hume Cement Sdn. Bhd. pada 4 Disember 2019. Turut hadir ke program berkenaan adalah Encik Zainal Abidin Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar. Di samping itu juga, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput untuk mengadakan pameran berkaitan kesedaran terhadap alam sekitar. Program ini telah melibatkan seramai lebih 60 peserta yang terdiri daripada kakitangan Hume Cement Sdn. Bhd. bagi mendedahkan tentang keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di tempat kerja.