PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM MENINGKATKAN KUALITI AIR SUNGAI BALOK - MELONTAR MUDBALL

jamel 09/12/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM MENINGKATKAN KUALITI AIR SUNGAI BALOK - MELONTAR MUDBALL
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
09/12/2019
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

PROGRAM MENINGKATKAN KUALITI AIR SUNGAI BALOK - AKTIVITI 2 KUANTAN,04 DISEMBER 2019 – Kerjasama antara Petronas MTBE, Malaysian Nature Society (MNS) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang diteruskan lagi dengan adanya program penghasilan bebola tanah liat atau mud ball yang bertempat di MTBE Petronas, Gebeng. Dengan meletakkan Mud Ball ke dalam air, bola campuran tanah liat dan bahan-bahan organik itu mampu menstabilkan pH air, mengurangkan bau busuk air serta memecahkan molekul-molekul organik, sisa sampah dan sebagainya. Seramai hampir 150 peserta yang terdiri dari ahli keluarga kakitangan MTBE dan kakitangan JAS Pahang terlibat dalam program ini. Kata – kata aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Azlimi Mohd Lazim, CEO MTBE Petronas, Gebeng dan Pengarah JAS Pahang, Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud juga berkesempatan menyampaikan sedikit kata aluan pada program tersebut. Taklimat cara penghasilan Mud ball telah disampaikan oleh wakil dari Malaysian Nature Society (MNS) dan sebanyak 630 mud ball telah berjaya dihasilkan. Dalam program ini, kanak – kanak tampak menunjukkan minat yang tinggi untuk menghasilkan mud ball dan ini sekali gus dapat menerapkan minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk menjaga alam sekitar terutamanya kualiti sungai. Diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang. #jabatanalamsekitar #alamsekitarsanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan