Penerangan
23 November 2019, pameran sempena komuniti bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang diadakan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Acheh, Nibong Tebal. Program ini dirasmikan oleh YB Encik Zulkifli bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh. Pelbagai aktiviti diadakan iaitu pameran agensi kerajaan, pertandingan membuat mudball, pertandingan mewarna dan memasak. Kehadiran lebihkurang 500 orang. Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang turut serta pada program ini.