Penerangan
Tarikh: 25 November 2019
Tempat: Pusat Kemahiran Masyarakat, Kg. Mansiang, Menggatal
Ceramah mengenai pembakaran terbuka telah disampaikan oleh pegawai JAS Negeri Sabah, En. Rosdi Kerisim, sempena Kursus Pengurusan Sisa Pepejal dan Kelestarian Alam Sekitar yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB). Kursus ini merupakan usaha untuk membantu memberikan kesedaran kepada orang kampung mengenai pengurusan sisa pepejal dan kelestarian alam sekitar melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), yang dulunya dikenali sebagai JKKK.