Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN : International Conference & Exhibition on Sustainable Development Goals (SDG) 12: Responsible Consumption And Production Through Wastes Management (ICE12-WM 2019)
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 20/11/2019
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Satu persidangan antarabangsa iaitu International Conference & Exhibition on Sustainable Development Goals (SDG) 12: Responsible Consumption And Production Through Wastes Management (ICE12-WM 2019) telah diadakan pada 25 - 26 September 2019 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor. Persidangan ini adalah anjuran ENSEARCH iaitu merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Bahagian Komunikasi Strategik telah mengambil bahagian dalam persidangan tersebut sebagai pempamer. Pelbagai persoalan berkaitan pengurusan buangan telah diterangkan kepada pelawat booth pameran. Di samping itu, JAS juga menekankan isu berkenaan pengurusan buangan elektrik dan elektronik (E-waste) kepada pengunjung.