Penerangan
Jabatan Alam Sekitar melalui Seksyen Perlindungan Ozon, Bahagian Udara telah mengadakan Majlis Pelancaran Hari Ozon Sedunia Tahun 2019 pada 24 September 2019 bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Norlin Binti Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Pameran merupakan salah satu aktiviti yang diadakan sempena Pelancaran Hari Ozon Sedunia 2019. Sebanyak 8 agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar dan swasta turut terlibat dalam pemeran tersebut. Bahagian Komunikasi Strategik dan Bahagian Udara mengetengahkan pameran berkenaan buangan elektrik & elektronik (E-Waste) dan juga cara pengendalian/ menganalisis gas penyaman udara. Selain itu, penerangan berkaitan kempen kesedaran plastik sekali guna turut diselitkan semasa pameran tersebut.