Penerangan
Sambutan Hari Keamanan Sedunia (UN International Day Of Peace 2019) telah diadakan pada 21 September 2019 (Sabtu) bertempat di The Pure Life Society, Batu 6, Jalan Puchong, Kuala Lumpur. Sambutan ini dirasmikan oleh Duta Belgium dan tema sambutan kali ini adalah "Climate Action for Peace". Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan tersebut seperti larian keamanan, pentomin bertemakan keamanan, pameran dan sebagainya. Jabatan Alam Sekitar telah dijemput untuk turut serta dalam pameran tersebut. Salah satu tema yang dibawa adalah berkaitan kesedaran bahaya buangan elektrik dan elektronik (E-Waste). Penerangan telah diberikan kepada peserta dan tetamu yang hadir.
Sejarah sambutan Hari Keamanan Sedunia ini bermula setelah Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bngsa Bersatu (PBB) pada tahun 1981 telah membuat resolusi untuk mengisytiharkan Hari Keamanan Sedunia pada hari Selasa ketiga bulan September mulai tahun 1982. Pada Tahun 2001, tarikh sambutan ditetapkan pada 21 September dan ia disambut oleh semua negara anggota PBB. Di Malaysia Hari Keamanan Sedunia ini mula disambut sejak tahun 2006 di Taiping, Perak oleh Partners for Peace Malaysia (PfPM).