PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Sesi Penerimaan Drone Jabatan Alam Sekitar

aai 18/11/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sesi Penerimaan Drone Jabatan Alam Sekitar
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
18/11/2019
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV) atau juga lebih dikenali sebagai Drone.  UAV memiliki dua kelainan: iaitu sama ada yang dikendalikan secara kawalan jauh, atau boleh diterbangkan secara bebas berdasarkan rancangan penerbangan yang sejak awal-awal lagi telah diprogramkan dengan menggunakan aplikasi (Contohnya, Drone Deploy, Map Pilot for DJI dan lain-lain). Seksyen Geospatial Jabatan Alam Sekitar telah mengambil langkah kehadapan dengan membuat perolehan drone bagi membantu pegawai-pegawai JAS mencerap data imagery, pemetaan dan juga membantu kerja-kerja penguatkuasaan. Sesi Penerimaan Drone Jabatan Alam Sekitar daripada pihak pembekal telah di adakan pada 15 Oktober 2019. Sesi tersebut adalah bagi tujuan pemeriksaan keadaan alat, pendaftaran aset dan instalasi perisian berkaitan. Perolehan Drone ini dikelola oleh Seksyen Geospatial, Bahagian Teknologi Maklumat. Kesemua drone akan diserahkan kepada negeri-negeri yang telah ditetapkan sebaik kesemua prosedur penerimaan dan pendaftaran selesai.