Penerangan
Seksyen GIS, JAS Ibu Pejabat telah dijemput memberikan Hands On Portal GEOSpAS kepada Pegawai-Pegawai JAS Terengganu. Sesi ini diketuai oleh Pn Nazariah Binti Shuib, Pegawai Kawalan Kanan, Seksyen GIS selaku pengajar dan dibantu oleh Pegawai-Pegawai di Seksyen GIS. Kesemua 20 orang pegawai telah dilatih cara menggunakan ‘tools dan wiget’ yang terdapat didalam portal GEOSpAS. Ini adalah penting bagi pegawai memahami kaedah betul menggunakan portal GEOSpAS bagi memudahkan dan membantu meningkatkan nilai tambah dalam kerja penguatkuasaan. Sesi Hands On ini diadakan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu pada 9 dan 10 Oktober 2019.