Penerangan
Pada 23-27 September 2019 telah berlangsung Kursus Asas Gesopatial Zon Borneo bertempat di Harbourview Hotel, Kuching Sarawak. Kursus ini merupakan langkah Jabatan dalam memperkasakan lagi kemahiran Pegawai-Pegawai di Jabatan Alam Sekitar dalam aspek Geopsatial. Semua peserta didedahkan kepada Penggunaan Portal GeosPAS Jabatan dan hands-on pengunaan ArcGIS dalam memproses peta-peta berkaitan kerja-kerja di Jabatan Alam Sekitar. Kursus ini di anjurkan oleh Seksyen Geospatial, Bahagaian Teknologi Maklumat dengan kerjasama JAS Sarawak.