Penerangan
Bertempat di Bilik ICT, Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejbat telah berlangsung Kursus Pengenalan Aplikasi GEOSpAS. Kursus ini dianjurkan oleh Penyelaras GIS JAS WPKL. Seksyen GIS, JAS Ibu Pejabat dijemput untuk memberikan ceramah dan tunjuk ajar asas kepada Portal GEOSpAS. Penceramah bagi Topik GEOSpAS adalah Pn. Nazariah Binti Shuib, Pegawai Kawalan Kanan Seksyen Geospatial, JAS Ibu Pejabat dan dibantu oleh En Supian Bin Ismail dan En Abd Aziz Bin Ismail selaku fasilitator. Seramai 25 orang peserta daripada JAS WPKL terlibat di dalam kursus ini. Majlis penutup Kursus disempurnakan oleh Puan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Pn. Hafizah Binti Yahya@Ab Rahim.