Penerangan
Satu Kursus ArcGIS Pro anjuran Seksyen Geospatial, Bahagian Teknologi Maklumat telah diadakan pada 22 hingga 23 Ogos 2019 bertempat di Bilik Operasi GIS, Jabatan Alam Sekitar. Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran Pegawai-Pegawai Seksyen GIS JAS dalam menggunakan Perisian ArcGIS Pro. Pengajar bagi kursus ini adalah Puan Illi'aainaa Yaakop, Ketua Latihan ESRI Malaysia.