Penerangan
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dengan kerjasama Bahagian Bahan Berbahaya dan Bahagian Komunikasi Strategik, Ibu Pejabat JAS telah menganjurkan Seminar Pengurusan Scheduled E-Waste untuk Pegawai JAS dan Agensi Kerajaan Tahun 2019 yang dihadiri oleh peserta dari kalangan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) pelbagai gred. Seminar ini juga telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai agensi kerajaan lain seperti Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain agensi. Seminar telah dibuka dengan rasminya oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, Y.Bhg. Puan Norlin binti Jaafar.
Objektif seminar adalah untuk memberi pendedahan kepada agensi terlibat mengenai dapatan kajian projek “The Project for Development of Mechanism for Household E-Waste Management in Malaysia” dan bagi membentuk kerjasama antara agensi-agensi berkaitan dalam melancarkan pengurusan scheduled e-waste.