Penerangan
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah mengadakan Program Latihan Subject Matter Expert (SME) bagi Pengurusan Buangan Terjadual kepada enam (6) orang tenaga pengajar EiMAS di Kilang Press Metal Bintulu Sdn.Bhd., Bintulu, Sarawak.
Tujuan latihan ini adalah sebagai satu platform untuk mendapatkan input melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman dari premis yang dilawat berkaitan kaedah pengurusan dan pengendalian buangan terjadual selaras dengan halatuju JAS untuk membuat penambahbaikan kepada peruntukan sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan pegawai JAS terhadap pengurusan buangan terjadual bagi memenuhi kriteria Environmentally Sound Manner (ESM), mempelajari kaedah pengurusan buangan terjadual yang inovatif, lebih efisien dan mampan selari dengan konsep ‘cradle to cradle” dan ‘industrial ecology’.
Peserta latihan telah dibawa melawat ke unit-unit operasi kilang seperti Primary Aluminium Smelting Plant, Electrolysis Plant, Ingot Casthouse, Billet Casthouse, Wire Rod Casthouse dan Fume Treatment Plants.