Penerangan
Program ini telah disertai oleh Staff JAS Negeri Sabah di bawah Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi JAS Negeri Sabah (JASAba). Program ini juga merupakan aktiviti amal kepada Persatuan Autism Sabah dengan kerjasama UMS. Program ini juga telah dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi kepada Persatuan Autism Sabah. Tarikh dan tempat program adalh seperti berikut:
Tarikh: 26 Oktober 2019
Tempat: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, UMS, Kota Kinabalu Sabah