PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus Kawalan Import dan Eksport Buangan Terjadual

hillney 22/10/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus Kawalan Import dan Eksport Buangan Terjadual
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
22/10/2019
Organisasi
EiMAS

Penerangan

23 – 27 September 2019, Hotel Dorsett, Putrajaya;  Pusat Bahan Berbahaya, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah menganjurkan Kursus Kawalan Import dan Eksport Buangan Terjadual pada tahun ini yang dihadiri oleh peserta dari kalangan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) pelbagai gred. Kursus ini juga telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan serta meningkatkan lagi keberkesanan tugas pegawai-pegawai JAS, KDRM dan LPK khususnya berkaitan aspek kawalan dan pengurusan import dan eksport buangan terjadual. Di samping itu, ia juga akan meningkatkan lagi kerjasama dan kefahaman antara pegawai bagi ketiga-tiga agensi kerajaan berkenaan. Peserta kursus telah diberi pengenalan kepada buangan terjadual dan pendedahan tentang fungsi Jabatan Alam Sekitar dan perundangan, pelaksanaan Konvensyen Basel dan prosedur memohon permit import dan eksport buangan terjadual oleh penceramah dari JAS. Di samping itu, akta dan peranan kastam, prosedur import dan eksport kastam, dokumentasi dan peranan agen telah disampaikan oleh penceramah dari KDRM. Penyimpanan barangan sisa buangan terjadual sebelum pengiktirafan kastam pula telah disampaikan oleh penceramah dari LPK. Peserta kursus juga dibawa melawat ke Wisma Kastam dan Westport Business Centre di Pelabuhan Klang bagi tujuan pembelajaran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan