PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus Kompetensi Persampelan Buangan Terjadual

hillney 22/10/2019 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus Kompetensi Persampelan Buangan Terjadual
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
22/10/2019
Organisasi
EiMAS

Penerangan

Pusat Bahan Berbahaya, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) buat pertama kali menganjurkan Kursus Kompetensi Persampelan Buangan Terjadual pada 26 – 30 Ogos 2019. Peserta kursus terdiri daripada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari gred C29/PJ29 sehingga C38. Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pegawai penguatkuasa JAS mengenai kaedah persampelan buangan terjadual yang betul semasa menjalankan tugas di lapangan dan juga memberi pendedahan secara terperinci dalam penggunaan peralatan persampelan buangan terjadual. Peserta kursus telah diberi pengenalan mengenai persampelan buangan terjadual dan pendedahan kepada perancangan persampelan, pelan persampelan, dokumentasi dan pengendalian eksibit serta kajian kes-kes buangan terjadual dari aspek persampelan oleh penceramah-penceramah dari JAS. Kursus ini berjaya mencapai objektif selaras dengan matlamat pelaksanaannya. Peserta memberikan maklum balas positif dan menunjukkan minat yang tinggi di sepanjang tempoh kursus berjalan. Kursus akan diteruskan bagi melahirkan pegawai-pegawai penguatkuasa yang mahir dan kompeten untuk menjalankan persampelan buangan terjadual di premis-premis yang mengeluarkan buangan terjadual atau bagi kes-kes pelupusan haram buangan terjadual.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan