PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Course on Understanding the Procedure and Execution of CEMS in Industries

hillney 18/10/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Course on Understanding the Procedure and Execution of CEMS in Industries
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
18/10/2019
Organisasi
EiMAS

Penerangan

EiMAS melalui Pusat Kawalan dan Pengawasan Udara telah menganjurkan satu sesi kursus bertajuk Course on Understanding the Procedure and Execution of CEMS in Industries. Kursus ini diadakan pada 24 hingga 27 Jun 2019 dan telah dihadiri seramai 21 orang peserta. Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan bagi membina kepakaran dan pengetahuan yang lebih praktikal kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar berkaitan pengoperasian peralatan CEMS, penilaian dan audit prosedur untuk proses kelulusan dan pemeriksaan laporan persampelan CEMS. Sesi kursus ini melibatkan kuliah, tugasan berkumpulan dalam membuat penilaian peralatan CEMS dan pemasangannya. Satu sesi lawatan ke premis GS Paper & Packaging Sdn Bhd, Kuala Langat telah diadakan bagi mendedahkan peserta dalam membuat audit pemeriksaan pemasangan dan pengoperasian peralatan CEMS di premis.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan