Penerangan
Pertandingan pidato peringkat sekolah menengah adalah salah satu aktiviti di bawah Program Pendidikan ESTECC di Sekolah Negeri Terengganu 2019. 10 sekolah menengah telah terlibat di dalam program ini. Namun hanya 8 buah sekolah yang telah menghantar wakil ke pertandingan ini. Pertandingan pidato telah diadakan pada 14 Oktober 2019 bertempat di Dewan Seminar 4, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Panel hakim adalah terdiri dari Encik Mohd Norli Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan JAS Terengganu, Encik Rosli bin Zakaria @ Che Kob, Pengarah Jabatan Meteorologi Terengganu, Encik Mohd Zawawi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Jabatan Kimia Negeri Terengganu dan Ketua Panel Hakim ialah Puan Salina binti Ahmad sofian dari SMK Manir, Kuala Terengganu.