Penerangan
Kejohanan ping pong di antara kementerian, jabatan dan agensi kerjaan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2019 telah diadakan 5-6 Oktober 2019 yang bertempat di Dewan Perdana MAKSAK Sabah. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, SUK Negeri Sabah, merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sabah.
Pasukan yang turut dianggotai oleh 2 orang pegawai daripada JAS Negeri Sabah, iaitu Encik Rosdi dan En. Lazimih telah menjadi Juara Team Consolation. Syabas dan Tahniah!!