Kursus anjuran EiMAS dengan kerjasama PDRM ini telah diadakan selama 5 hari bermula pada
23 hingga 27 September 2019. Kursus ini dihadiri oleh 17 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C44 sehingga C29/JA29. Pada hari pertama, pengisian program lebih kepada perkongsian maklumat dari SPRM, JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri berkaitan kaedah, prosedur dan SOP tangkapan serta isu-isu yang timbul berkaitan kes alam sekitar. Kursus ini terbahagi kepada 10 modul. Di sebelah petang, peserta dilatih dengan asas tangkapan dan pertahanan diri serta penggunaan t-baton dan gari.
Objektif kursus adalah:
- Memantapkan kemahiran dan pengetahuan pegawai penangkap JAS mengenai kaedah tangkapan termasuk aspek latihan pertahanan diri dan penggunaan kelengkapan alat pertahanan diri dalam melaksanakan tugas tangkapan mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan.
- Sebagai persediaan bagi menghadapi kes-kes yang berimpak tinggi.
- Mendedahkan peserta kepada proses-proses yang perlu dijalankan setelah tangkapan dilakukan.