Penerangan
Pendidikan ESTECC Di SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu, Terengganu telah dilaksanakan oleh JAS Terengganu pada 3 Oktober 2019, jam 10.00 pagi. Seramai 170 orang pelajar dan guru telah hadir dan menyertai program ini. Selain dari taklimat program, aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut ialah penilaian sudut ESTECC, pameran dan soalan kuiz kepada pelajar. Turut sama dalam menjayakan program ini ialah Jabatan Meteorologi Terengganu dan Jabatan Kimia Terengganu.