Penerangan
Pendidikan ESTECC Di SK Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu telah dilaksanakan oleh JAS Terengganu pada 2 Oktober 2019, jam 9.30 pagi. Seramai 160 orang pelajar dan guru telah hadir dan menyertai program ini. Selain dari taklimat program, aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut ialah penilaian sudut ESTECC, pameran dan soalan kuiz kepada pelajar. Turut sama dalam menjayakan program ini ialah Jabatan Meteorologi Terengganu dan Jabatan Kimia Terengganu.