Penerangan
Seminar Pematuhan Continuing Professional Development (CPD Hours) untuk Orang Yang Berwibawa (OYB) bagi siri 2/2019 telah diadakan pada 27 Ogos 2019 bertempat di Hotel Bangi Resort. Seminar yang dianjurkan oleh KESUMAS dengan kerjasama Institut Alam Sekitar Malaysia ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) Puan Siti Zaleha binti Ibrahim, s.m.s.
Objektif penganjuran seminar ini adalah seperti berikut:
i- memberi kefahaman kepada OYB berkenaan Garis Panduan CPD Hours;
ii- Memberi latihan penggunaan sistem NRCEP;
iii- memberi peluang kepada OYB berinteraksi dengan pihak pengurusan EiMAS dan urusetia Pusat Kompetensi dan Pensijilan Industri
Penganjuran seminar ini merupakan salah satu program engagement yang melibatkan OYB yang telah di tauliahkan bersama pihak EiMAS melalui Pusat Kompetensi dan Pensijilan Industri.