Penerangan
Pendidikan ESTECC Di SMK Binjai, Kemaman, Terengganu telah dilaksanakan oleh JAS Terengganu pada 25 September 2019, jam 11 pagi. Seramai 150 orang pelajar dan guru telah hadir dan menyertai program ini. Selain dari taklimat program, aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut ialah penilaian sudut ESTECC, pameran dan soalan kuiz kepada pelajar. Turut sama dalam menjayakan program ini ialah Jabatan Meteorologi Terengganu dan Jabatan Kimia Terengganu.