Penerangan
Pendidikan ESTECC Di SK Bukit Besi, Dungun, Terengganu telah dilaksanakan oleh JAS Terengganu pada 23 September 2019. Seramai 200 orang pelajar dan guru telah hadir dan menyertai program ini. Selain dari taklimat program, aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut ialah penilaian sudut ESTECC dan pameran. Turut sama dalam menjayakan program ini ialah Jabatan Meteorologi Terengganu dan Jabatan Kimia Terengganu.