Penerangan
Pada 1 September 2019 (Ahad), sambutan Karnival Hijrah 1441, Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang. Majlis ini dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti diadakan iaitu kayuhan cintai alam, gotong-royong pembersihan sungai, forum dan pameran dari pelbagai agensi. Jumlah pengunjung ke program ini lebih kurang 500 orang.