Penerangan
Pada 24 Ogos 2019 (Sabtu), sambutan Minggu Sains Negara 2019, Peringkat Negeri Pulau Pinang diadakan di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang. Majlis ini dirasmikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir adalah Tuan Prof. Dr. P.Ramasamy A/L Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahaya, Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Pada program ini juga diadakan pameran dari pelbagai agensi di bawah kementerian. Jumlah pengunjung ke program ini lebih kurang 800 orang.