Penerangan
Seramai tiga (3) pelajar latihan industri iaitu Wan Zulaikha Syahmin Binti Wazam (UMP, Perlis), Mior Amiirurrurrahim Bin Mior Hasrim (UMP, Perlis) dan Nabilah Binti Yasmin (UPM) telah menjalani latihan industri di JAS Negeri Perak bermula 24 Jun 2019 sehingga 01 September 2019. Sehubungan dengan itu, penyerahan sijil penghargaan sesi tamat latihan industri pada 01 September 2019 telah disempurnakan oleh Pegawai Kawalan Kanan iaitu Encik Azhar Bin Saran dan dihadiri oleh pegawai-pegawai JAS Negeri Perak.