Penerangan
Seramai tiga (3) pelajar latihan industri iaitu Muhammad Safwan Bin Mohd Hasri (UiTM, Shah Alam), Nur Amirah Binti Ishak (UiTM, Shah Alam) dan Muhammad Badril Husny Bin Izhar (UTHM) telah menjalani latihan industri di JAS Negeri Perak bermula 30 Jun 2019 sehingga 06 September 2019. Sehubungan dengan itu, penyerahan sijil penghargaan sesi tamat latihan industri pada 06 September 2019 telah disempurnakan oleh Pengarah JAS Negeri Perak iaitu Encik Norazizi Bin Adinan dan dihadiri oleh pegawai-pegawai JAS Negeri Perak.