Penerangan
Majlis perpisahan pelajar latihan industri ini telah diadakan pada 30 Ogos 2019 bertempat di Bilik Melur, Aras 1, Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Alam Sekitar. Cik Lee Xia Ji telah menjalankan latihan industri di Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) bermula pada 24 Jun 2019 sehingga 30 Ogos 2019.
Selama menjalankan latihan industri di BKS, Cik Lee Xia Ji telah terlibat dengan pelbagai program anjuran Bahagian Komunikasi Strategik dan turut membantu dalam penyediaan bahan-bahan infografik.
Bahagian Komunikasi Strategik ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik Lee Xia Ji dan dan berharap agar Cik Lee Xia Ji dapat bersama-sama dengan Jabatan Alam Sekitar dalam menyampaikan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat Malaysia.