Penerangan
KUANTAN, 30 Ogos 2019 - Satu Kursus Tatacara Penggunaan Smoke Tester dan Gas Analyzer anjuran Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah diadakan pada 28 & 29 Ogos 2019 bertempat di JKR cawangan Mekanikal Negeri Pahang.
Seramai 41 orang pegawai darii JKR Seluruh Malaysia
telah mendengar ceramah dan taklimat dari pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang berkaitan Buangan Terjadual, kesedaran alam sekitar serta penggunaan peralatan. Demonstrasi penggunaan alat Smoke Tester dan Gas Analyzer juga turut diadakan. Program disambung dengan lawatan ke Pusat PUSPAKOM.
Majlis Ramah Mesra antara Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Cawangan Mekanikal Negeri Pahang juga turut diadakan.