1. Pada 11 Febuari 1981 Malaysia, Singapura dan Indonesia telah menandatangani
Memorandum of Understanding bersama-sama
Malacca Straits Council yang mewakili
Japanese Non-Governmental Association untuk mewujudkan satu Tabung Pusingan Selat Melaka dan Selat Singapura bertujuan melawan tumpahan minyak berpunca dari kapal-kapal yang melalui perairan Selat Melaka dan Selat Singapura.
- Tabung Pusingan Selat Melaka dan Selat Singapura membolehkan tindakan melawan tumpahan minyak diambil secara bersama di antara Malaysia, Indonesia dan Singapura di Selat Melaka dan Selat Singapura. Sehubungan ini, Jawatankuasa Tabung Pusingan atau Revolving Fund Committee (RFC) telah dibentuk untuk mengurus dan mengawalselia tabung ini.
- Bermula pada tahun 2016 bagi tempoh lima (5) tahun Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus Tabung Pusingan tersebut. Jabatan Alam Sekitar mewakili Malaysia sebagai Ahli tetap di dalam Jawatankuasa Tabung Pusingan ini. Segala aktiviti, mesyuarat dan program akan dilaksanakan dengan menggunakan wang faedah daripada deposit tetap dana daripada tabung tersebut yang diterima dari Japanese Non Governmental Bodies.
- Mesyuarat Teknikal RFC akan melibatkan perbincangan di antara ketiga- tiga (3) negara berhubung aktiviti dan program yang akan dilaksanakan pada tahun 2018. Keputusan yang dibuat didalam mesyuarat teknikal akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Pusingan Selat Melaka dan Singapura untuk ketetapan dan kelulusan.
5. Mesyuarat ini diadakan pada 7 Ogos 2019 di Bayview Hotel Pulau Pinang dan dipengerusikan oleh Yang Berusaha Pn. Norlin Binti Jaafar Ketua Pengarah Alam Sekeliling Jabatan Alam Sekiar Malaysia.