PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Revolving Fund Committee (RFC) 2019

suresh 22/08/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Revolving Fund Committee (RFC) 2019
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
22/08/2019
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

 
  1. Pada 11 Febuari 1981 Malaysia, Singapura dan Indonesia telah menandatangani Memorandum of Understanding bersama-sama Malacca Straits Council yang mewakili Japanese Non-Governmental Association untuk mewujudkan satu Tabung Pusingan Selat Melaka dan Selat Singapura bertujuan melawan tumpahan minyak berpunca dari kapal-kapal yang melalui perairan Selat Melaka dan Selat Singapura.
 
  1. Tabung Pusingan Selat Melaka dan Selat Singapura membolehkan tindakan melawan tumpahan minyak diambil secara bersama di antara Malaysia, Indonesia dan Singapura di Selat Melaka dan Selat Singapura. Sehubungan ini, Jawatankuasa Tabung Pusingan atau Revolving Fund Committee (RFC) telah dibentuk untuk mengurus dan mengawalselia tabung ini.
 
  1. Bermula pada tahun 2016 bagi tempoh lima (5) tahun Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus Tabung Pusingan tersebut. Jabatan Alam Sekitar mewakili Malaysia sebagai Ahli tetap di dalam Jawatankuasa Tabung Pusingan ini. Segala aktiviti, mesyuarat dan program akan dilaksanakan dengan menggunakan wang faedah daripada deposit tetap dana daripada tabung tersebut yang diterima dari Japanese Non Governmental Bodies.
 
  1. Mesyuarat Teknikal RFC akan melibatkan perbincangan di antara ketiga- tiga (3) negara berhubung aktiviti dan program yang akan dilaksanakan pada tahun 2018. Keputusan yang dibuat didalam mesyuarat teknikal akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Pusingan Selat Melaka dan Singapura untuk ketetapan dan kelulusan.
  5. Mesyuarat ini diadakan pada 11 April 2019 di Hotel Ramada Plaza Melaka dan dipengerusikan oleh En. Mohd Hidzir Bin Bakar , Pengarah Bahagian Air Dan Marin Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan