Penerangan
Aktiviti Penilaian Inspektorat (API) Tahun 2019 yang dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) bagi projek-projek pembangunan Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) tahun 2018 akan diadakan bertujuan untuk melihat amalan-amalan terbaik (best practices) dalam pelaksanaan projek pembangunan dan seterusnya menjadi salah satu asas kepada penilaian Indikator Pencapaian Utama (KPI) YBhg. Datuk Seri Dr. Ketua Setiausaha MESTECC.
Oleh yang demikian satu taklimat telah diadakan di pejabat MESTECC pada 23 Julai 2019 sebelum diaudit oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM). Taklimat ini dipengerusikan oleh wakil pegawai daripada MESTECC.