Penerangan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah menganjurkan Anugerah Sekolah Hijau 2019. Tujuan program ini ialah menerima pendekatan secara holistik bagi pengurusan alam sekitar. Panel penilai terdiri dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysian Nature Society (MNS) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Pada 23 Julai 2019 (Selasa) panel penilai membuat penilaian di Sekolah Kebangsaan Eok Hua, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah adalah taman herba, tanaman sayuran, pusat pengumpulan bahan kitar semula dan gotong-royong bersama komuniti di kawasan pantai Teluk Bahang.