PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PERBINCANGAN URS MODUL PENGAWASAN AIR MARIN DAN MSJCE PADA 17 JULAI 2019 (RABU)

suresh 22/08/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERBINCANGAN URS MODUL PENGAWASAN AIR MARIN DAN MSJCE PADA 17 JULAI 2019 (RABU)
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
22/08/2019
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Seksyen Perlindungan Air Marin, Bahagian Air dan Marin telah mengadakan sesi perbincangan semakan semula Sistem Elektronik Kawalan Alam Sekitar Versi 4.0 pada 17 Julai 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Perbincangan ini diketuai oleh Cik Norina A/k Fredrick Sambang, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Air dan Marin bersama dengan urusetia dari Bahagian Teknologi Maklumat dan wakil kontraktor yang dilantik bagi menjalankan kemaskini sistem ini. Pengemaskinian sistem e-KAS versi 4.0 merangkumi pengurusan migrasi data-data sedia ada untuk ditambah baik dan juga beberapa penambahan sub-modul bagi memudahkan pegawai JAS untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Selain itu, seksyen ini juga memasukkan beberapa elemen baru penambahbaikan berbanding sistem e-KAS 3.0 terdahulu iaitu memasukkan pengiraan Indeks Kualiti Air Marin secara terus, pelaporan tahunan yang lebih sistematik, carta graf bagi melihat tren dan beberapa komponen kaedah analisis seperti asas statistik dan boxplot.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan