PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KECIL PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SISTEM STATISTIK ALAM SEKITAR (PSAS) BIL. 12019 BAGI SISTEM ACCOUNT ENVIRONMENTAL-ECONOMIC ACCOUNTING (SEEA) OCEAN ACCOUNT MALAYSIA PADA 23 JULAI 2019 (SELASA) BERTEMPAT DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

suresh 22/08/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KECIL PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SISTEM STATISTIK ALAM SEKITAR (PSAS) BIL. 12019 BAGI SISTEM ACCOUNT ENVIRONMENTAL-ECONOMIC ACCOUNTING (SEEA) OCEAN ACCOUNT MALAYSIA PADA 23 JULAI 2019 (SELASA) BERTEMPAT DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
22/08/2019
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Seksyen Perlindungan Air Marin, Bahagian Air dan Marin telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kecil Perancangan dan Pembangunan Statistik Alam Sekitar (PSAS) Bil. 1/2019 Bagi System of Environmental-Economic Accounting (SEEA) Ocean Account Malaysia pada 23 Julai 2019 bertempat di Jabatan Perangkaan Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Siti Zakiah Binti Muhamad Isa, Pengarah Bahagian Perangkaan Pertanian dan Alam Sekitar dan turut hadir wakil-wakil Jabatan dan agensi yang berkaitan. Mesyuarat ini adalah hasil dari Mesyuarat High Level Group (HLG) pada 2 Julai 2019 yang telah bersetuju memilih tajuk Living Resource yang memberi fokus kepada perikanan di perairan Selat Melaka. Tambahan Jawatankuasa Kecil melalui mesyuarat HLG tersebut diwujudkan adalah untuk membincangkan pengumpulan data samudera yang boleh disumbangkan oleh setiap Jabatan dan agensi kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selaku urusetia. Perunding yang dilantik menjalankan projek ini adalah Universiti Malaya sebagai projek rintis menyediakan SEEA Ocean Account Malaysia.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan