Penerangan
Kursus Siri Ke-3 bagi tahun 2019 anjuran EiMAS ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2019 bertempat di Pusat Latihan Amali SKPU EiMAS, Bandar Baru Bangi.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh penguji untuk mengendalikan alat meter asap dan meter gas mengikut SOP yang memenuhi keperluan perundangan JAS.
Seramai 21 orang peserta hadir yang melibatkan peserta dari Puspakom dan Syarikat Pengangkutan Mun Chuen Kuantan. Tenaga pengajar dan fasilitator bagi kursus ini adalah dari Bahagian Udara, JAS serta EiMAS