Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel
Sambutan Hari Sarawak 2019 ini disambut pada setiap tanggal 22 Julai yang mana buat pertama kalinya sambutan tahun 2019 dianjurkan di luar Bahagian Kuching dan Bintulu diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah. Pemilihan Bintulu sebagai pusat tahun ini amat tepat dari segi sejarah kerana Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak telah diadakan di Bintulu pada 8 September 1867. Program berlangsung pada 22 Julai 2019 bertempat di Lapangan Terbang Lama Bintulu, Sarawak.