Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menyertai Karnival STEM di Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat, Perak Darul Ridzuan Tahun 2019 bertemakan "SMK Lahat ke Arah Membudayakan STEM" yang diadakan pada 23 dan 24 Julai 2019. Seramai lebih 300 pelajar sekolah telah menyertai Karnival STEM ini yang terdiri daripada pelajar sekolah SMK Lahat dan beberapa sekolah berhampiran yang hadir untuk menyertai karnival ini.
Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dengan betul dan mendalam dalam kehidupan yang juga melibatkan masyarakat dan persekitaran kepada pelajar sekolah.