Penerangan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah menganjurkan Anugerah Sekolah Hijau 2019. Tujuan program ini ialah menerima pendekatan secara holistik bagi pengurusan alam sekitar. Panel penilai terdiri dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysian Nature Society (MNS) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Pada 12 Julai 2019 (Jumaat) panel penilai membuat penilaian di Sekolah Kebangsaan Sunga Rusa, Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah adalah Taman Cilik, Taman Mini Dusun, projek cendawan, tanaman sayuran dan membuat kraftangan dari bahan-bahan buangan.